Disebabkan byk masa yg terluang...
Aku pun saja2 lah mencari2 bahan2 yg boleh dibaca hoho...
Terjumpalah artikel2 tentang kedudukan wanita itu......
Wanita itu :
Aurat seorang wanita itu lebih susah dijaga berbanding lelaki
Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah
Saksinya kurang berbanding lelaki
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki
Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak
Wanita itu wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya
Talak itu terletak di tangan suami dan bukan isteri
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki
Namun begitu:
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak...
Tetapi setiap saat dia akan didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini...
Dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil...
Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil)...
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya
2. isterinya
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya
2. ayahnya
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya
Nabi saw pernah bersabda maksudnya : “Apabila seorang wanita itu menunaikan solat lima waktunya, menunaikan puasa ramadhannya, menjaga farajnya dan mentaati suaminya , akan di katakan kepadanya masuklah ke dalam syurga dari mana-mana pintu syurga yang engkau sukai.” [Hadith riwayat Imam Ahmad dan Tobrani]
Seorang wanita merupakan pelengkap dan berada pada kedudukan istimewa di sisi seorang lelaki..
Tetapi ingatlah wahai lelaki...
Kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah...
maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...
Dengan keistimewaan itu...
JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..
Supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
Amin...
Yang memperingati:
Hamba Allah...
wanita hiasan dunia & sebaik2 wanita adalah wanita solehah
ReplyDeleteAllah cipta laki n pompuan tu dgn tiada cacat cela sebenarnye...adalah kelebihan masing2...
ReplyDeletebetul tu...seindah hiasan adalah wanita solehah...tiap laki2 itu ada kekurangan n kelebihan sendiri...terimalah kekurangan itu seadanya...
ReplyDelete