Pages

Monday, June 14, 2010

Cara Rasullullah S.A.W dalam melayari alam rumahtangga..

Aku tertarik dgn 1 rencana yg aku baca dlm sebuah majalah pengantin...rencana ini menceritakan cara-cara Rasulullah s.a.w mengekalkan keharmonian rumahtangga dan kemesraan dengan isteri-isteri baginda...buat lelaki yang bakal bergelar suami atau sudahpun bergelar suami,contohilah cara nabi kita...

Antara cara Rasulullah s.a.w adalah:

Pertama: Mandi bersama isteri
Rasulullah s.a.w biasa mandi bersama isteri-isteri baginda...
Dari Aisyah r.a beliau berkata,''Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w menggunakan satu bejana.Kami biasa bersama sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana tersebut).''
( Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)

Kedua: Disikatkan oleh isteri
Isteri baginda Aisyah r.a berkata bahawa beliau sentiasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w...
Dari Aisyah r.a beliau berkata,'' Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w, ketika itu saya sedang haid.''
( Hadis Riwayat Ahmad)

Ketiga: Tidur dalam satu selimut bersama isteri
Dari Atha' bin Yasar:
''Sesungguhnya Rasulullah dan Aisyah biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut degan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit.Baginda kemudian bertanya, ''Mengapa engkau bangkit?''Jawab Aisyah, ''Kerana saya haid , wahai Rasulullah.''Sabda Rasullullah.''Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah kembali padaku.''Aku pun masuk, lalu berselimut bersama baginda.''
( Hadis Riwayat sa'id bin Manshur)

Keempat: Membelai isteri
''Adalah Rasulullah s.a.w tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua( isterinya) seorang demi seorang.Baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama sehingga baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di tempatnya.''
( Hadis Riwayat Ahmad)

Kelima: Minum pada bekas yang sama dengan isteri
Daripada Aisyah r.a, dia berkata: ''Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid.Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebut lalu menghirup isinya. Kemudian Baginda mengambilnya daripada saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya.''
( Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur)

Keenam: Berbaring di pangkuan isteri
Dari Aisyah r.a beliau berkata, ''Nabi s.a.w biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca al-quran.''
( Hadis Riwayat Abdurrazaq)

Ketujuh: Memanggil isteri dengan panggilan mesra
Rasulullah s.a.w biasa memanggil Aisyah dgn beberapa panggilan yg disukainya seperti Aisy dan Humaira( pipi merah delima)

Kelapan: Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra
Nabi s.a.w biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah dan Baginda berkata, '' Wahai Uwaisy, bacalah doa:''Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan.''
( Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

Itulah antara cara Rasulullah s.a.w menzahirkan kasih sayang kepada isteri-isterinya...Begitu indah kemesraan yang ditunjukkan Rasulullah s.a.w terhadap ister-isteri kesayangannya...Lihatlah betapa Islam sangat menitikberatkan sikap dan perbuatan yang baik dalam menyatakan rasa cinta dan kasih sayang antara suami isteri...Teladan yang sepatutnya dicontohi...

2 comments:

  1. Aku paling tertarik dengan point ke-8. Mintak izin nak amik. hehehe

    ReplyDelete

Komen bila dirasakan perlu..terima kasih..