Pages

Wednesday, November 17, 2010

KaWaN...

Sudah begitu lama aku tak menulis kt blog hohoho...dah berhabuk dan bersarang rupanya blog ni(nasib baik xjadi sarang tikus hihi)....masa kadang2 menjerat aku sehingga idea di fikiran nak menulis di blog berkubur begitu saja..tuntutan yg sgt berat di kala tahun akhir bergelar pelajar...apa-apa pun aku kini sedang menghabiskan tahun akhir di universiti...dan harapnya semua berjalan dengan lancar...nak grad pada masa yg ditetapkan dan smoga aku barjaya mengharungi liku2 kehidupan selepas ini...aminn

Kali ni aku terpanggil utk menulis di blog ni kerana nak menceritakan perihal kawan..

Kawan??yer...kawan...cuba anda huraikan definisi kawan....selak sikit kamus dewan dan anda akan jumpa mksd kawan yg anda cari.....

Kalau anda masih lagi tercari-cari maksud kawan...mari aku ceritakn mksud kawan yg sebenarnya...kawan adalah org yg memahami kita...org yg kita boleh bergurau senda bersamanya...org yg juga boleh kita berdukacita bersamanya....org yg akan menolong kita di kala susah...org yg akan bersama kita juga di kala senang...org yg tidak akan bercakap di belakang kwnnya sdiri...org yg tak akan menikam kwnnya sendiri....skrg, sila la pilih sndiri anda berada di kategori mana?semua kategori di ataskah atau bukan???

Org tua2 selalu berkata...kwn ms senang sgt sng dicari..tp kwn ms susah sgt susah dicari....dah bermacam2 jenis kwn yg aku sdiri pernah jumpa....xpyhla ckp yg mcm mne...yg tikam belakang, yg menumpang ms senang saja, yg mngambil hak org, yg meninggalkn kwn sdiri, yg mngutuk kwn sdiri, yg mnyampaikn bnda xbetul ttg hal kwn sdiri, yg susah nk menolong di kala susah, yg iri hati, yg dengki, yg pendendam...mcm2 ade....

Sudah byk sgt yg aku terasa hati dan terluka....cukuplah...cukuplah aku menjadi org yg sentiasa berkorban....kerana aku tidak punya apa-apa....cukuplah apa yg terpendam di hati selama ini....aku tak mahu mngambil kisah sebarang hal lagi..selagi ianya tidak berkaitan dgn hidup aku...biarkan aku membawa haluan sendiri kini....sekarang aku sudah smpai tahap''whatever, i don't care''....

Namun, org2 yg pernah mmbuat kebaikan pada aku, yg menolong aku di kala susah takkan pernah aku lupakan...terima kasih atas apa jua pertolongan kalian padaku...insyaAllah aku akan membantu jika kalian memerlukan pertolongan dari aku...jika kalian mengenali diri aku ni yg sbnrnye, kalian tau aku tak akan melupakan jasa baik kalian semua....aku akan membantu selagi aku mampu...

Terima kasih kawan atas apa yang aku rasa.....Terima kasih....

Wednesday, August 11, 2010

Fadhilat solat terawih di bulan Ramadhan...

Di riwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadan:

Malam 1: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2:

Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3:

Berseru Malaikat di bawah 'Arasy' supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4:

Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5:

Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6:

Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam 7:

Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi'raun dan Hamman.

Malam 8:

Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.

Malam 9:

Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.

Malam 10:

Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam 11:

Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12:

Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13:

Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14:

Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15:

Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.

Malam 16:

Allahsubhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17:

Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18:

Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19:

Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20:

Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21:

Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22:

Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam 23:

Allah subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24:

Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25:

Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26:

Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27:

Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28:

Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29:

Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30:

Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar".

Friday, July 16, 2010

PadaMu ku bersujud...

Ku menatap dalam gelap
Tiada yang bisa kulihat
Selain hanya namaMu
Ya Allah....

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah...

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertaubat...

Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan kurniaMu
Dalam sunyinya aku bersujud...
padaMu...


Afghan-PadaMu ku bersujud

Wednesday, July 7, 2010

Jam dan Kenangan...

Smlm suatu kenangan berharga umpama pergi begitu saja...Sngguh aku begitu setia dengannya bertahun tahun tapi smlm...ianya pecah begitu saja...waaaaa.....sedih btol laaa....

Ianya menjadi begitu berharga krn itulah bnda pertama yg aku pling hargai dlm hidup...diberikan oleh seseorng yg aku sgt syg dunia akhirat...tetapi itulah benda yg pertama n mungkin terakhir diberikan kepada aku...bnda yg bertahun2 aku inginkan baru lah aku dpt...namun hanya sempat berbakti padaku selama 5 tahun lalu berderai begitu saja...

Sedih sgt..tp mungkin sudah tiba masanya kot...dah smpai waktunya...tiada yg kekal di dunia ini...ITU YG PASTI...aku pasrah saja...

Begitu susah aku ni nk mencari penggantinya...bkn la krn duit yg lebih penting tp nilai brg tu sdiri...huhu...ada kisah di sebalik semuanya tp ianya terlalu susah utk difahami kpd org yg xmelaluinya...itulah kisah sebuah jam tangan...

Friday, June 25, 2010

Susah Sgtkah Utk Meluahkan???...

Pernahkah anda mengalami masalah utk meluahkan apa yg anda rasa??rasa mcm...alamak terkelu seribu bhs hoho...contohnya mcm...''td pnye laa aku hafal ayat giler2 nk bg gempak, tetiba lidah aku ni terkelu apa kes??''...pernahkah anda??

Kalo bg anda yg ckp lancar jer...maybe sbb mulut anda mmg xde zip or anda xpunya air liur yg kurng haha...tp bg org mcm sy yg malu2 kucing ni, memang cukup susah sy nk meluahkan kata2 seolah olah tersimpan sebutir permata di sebalik cerita itu hehe...tak adalah malu2 sbrnnye tp lebih kpd ayat''xperlu kot'',''ala,perlu ke aku ckp??'', ''cerita aku xmenarik pn'', ''xperlulah ak berkongsi cerita''...dan mcm2 lagi...

Bukan niat utk menyimpan segala rahsia di hati...tp bila seseorng tu dah terbiasa menyimpan apa jua perkara sehariannya utk diri sendiri, sukarlah nak berkongsi dgn org lain...Mungkin mengambil masa la utk semua benda2 begini kan...Tidak bolehlah perubahan itu dilakukan secara drastik...

Kadang- kadang jugak mungkin apa yg kita simpan dlm hati tu mmg perlu disimpan kerana mungkin apabila perkara itu diberitahu, akan menyushkan org yg diberitahu atau membutkan org yg diberitahu itu risau...Itulah antara sebabnya perkara2 itu sukar utk diluahkan...

Antara sebab2 lain...mungkin kerana seseorng itu tidak biasa bercakap byk dgn org yg tidak rapat dgnnya...yg br shj dikenalinya...then, bila baru nak rapat jadi xbiasa la..so, akan ambik masa...bukan senang nk mengubah tabiat harian kita secara tiba2 kan...ataupun seseorng ni mungkin perangainya begitu rahsia...mystery n unpredictable...luaran tidak semestinya sama dengan dalaman..btol x??

Mungkin byk lg bnda yg susah nk difahami..tp tak mengapa, masa akan membuatkan kita lebih mngenali siapa diri seseorng itu sbnrnya...kalau dipjgkn umr dan tiada halangan, maka kita akan lebih memahami dirinya dan isi hatinya...Bykkanlah berdoa supaya Allah menunjukkan perkara yg benar pada kita...

InsyaAllah...

Monday, June 14, 2010

Cara Rasullullah S.A.W dalam melayari alam rumahtangga..

Aku tertarik dgn 1 rencana yg aku baca dlm sebuah majalah pengantin...rencana ini menceritakan cara-cara Rasulullah s.a.w mengekalkan keharmonian rumahtangga dan kemesraan dengan isteri-isteri baginda...buat lelaki yang bakal bergelar suami atau sudahpun bergelar suami,contohilah cara nabi kita...

Antara cara Rasulullah s.a.w adalah:

Pertama: Mandi bersama isteri
Rasulullah s.a.w biasa mandi bersama isteri-isteri baginda...
Dari Aisyah r.a beliau berkata,''Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w menggunakan satu bejana.Kami biasa bersama sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana tersebut).''
( Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)

Kedua: Disikatkan oleh isteri
Isteri baginda Aisyah r.a berkata bahawa beliau sentiasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w...
Dari Aisyah r.a beliau berkata,'' Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w, ketika itu saya sedang haid.''
( Hadis Riwayat Ahmad)

Ketiga: Tidur dalam satu selimut bersama isteri
Dari Atha' bin Yasar:
''Sesungguhnya Rasulullah dan Aisyah biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut degan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit.Baginda kemudian bertanya, ''Mengapa engkau bangkit?''Jawab Aisyah, ''Kerana saya haid , wahai Rasulullah.''Sabda Rasullullah.''Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah kembali padaku.''Aku pun masuk, lalu berselimut bersama baginda.''
( Hadis Riwayat sa'id bin Manshur)

Keempat: Membelai isteri
''Adalah Rasulullah s.a.w tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua( isterinya) seorang demi seorang.Baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama sehingga baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di tempatnya.''
( Hadis Riwayat Ahmad)

Kelima: Minum pada bekas yang sama dengan isteri
Daripada Aisyah r.a, dia berkata: ''Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid.Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebut lalu menghirup isinya. Kemudian Baginda mengambilnya daripada saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya.''
( Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur)

Keenam: Berbaring di pangkuan isteri
Dari Aisyah r.a beliau berkata, ''Nabi s.a.w biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca al-quran.''
( Hadis Riwayat Abdurrazaq)

Ketujuh: Memanggil isteri dengan panggilan mesra
Rasulullah s.a.w biasa memanggil Aisyah dgn beberapa panggilan yg disukainya seperti Aisy dan Humaira( pipi merah delima)

Kelapan: Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra
Nabi s.a.w biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah dan Baginda berkata, '' Wahai Uwaisy, bacalah doa:''Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan.''
( Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

Itulah antara cara Rasulullah s.a.w menzahirkan kasih sayang kepada isteri-isterinya...Begitu indah kemesraan yang ditunjukkan Rasulullah s.a.w terhadap ister-isteri kesayangannya...Lihatlah betapa Islam sangat menitikberatkan sikap dan perbuatan yang baik dalam menyatakan rasa cinta dan kasih sayang antara suami isteri...Teladan yang sepatutnya dicontohi...

Sunday, June 13, 2010

Pertemuan, jodoh, nikah dan dot dot dot...

Bunyi kompang bertalu2 di sana sini....tandanya musim org nikah cukup popular sekarang ni hoho...pegi la mana2 ceruk kt klate sepanjang musim cuti sekolah ni...mmg cukup banyak...sampai sesak2 jalan...tension aku jalan sesak2 ni...

Tapi tu bkn la cerita utama yg aku nk kongsi kt sini...aku sbnrnya tertarik ngn majlis perkahwinan sepupu aku yg telah pun berlangsung itu hari...bkn tertarik sbb majlis tu meriah ke ape...jugak bkn sbb si pengantin terlalu cantik or hensem...tp sbb kisah diorng berdua ni la pendek kata hoho...yg membawa kepada pernikahan diorng...

Kisah pertemuan??bunyi macam romantis jek haha...zasss jom layan...sbnrnya diorng ni dipertemukan oleh keluarga...sepupu aku ni lelaki...kiranya mak sedara aku berkenan la kat si perempuan ni...lantas 1 pertemuan diatur...dalam tempoh yg singkat jugak la, diorg kenal n jatoh hati antara satu sama lain..lalu pernikahan ini pun berlangsung....

Itulah kuasa jodoh...pertemuan, jodoh ini semua di tangan Allah...kalau sudah tertulis jodoh antara lelaki dan perempuan itu, tiada siapa yang dapat menghalang takdirNya...ada jodoh yg ditemukan melalui pilihan keluarga, ada yang bertemu jodoh melalui perkenalan biase...dan ada jugak yg jatuh sayang tanpa melihat tuan punya bdn pun...misterinya jodoh ini....

Jodoh kita telah pun ditentukan oleh Allah...apabila Allah menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana Allah Maha Mengetahui. Apabila Allah telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu….. Setiap yg terjadi kpd kita… hanyalah ujian Allah menguji keimanan kita, sejauh mana ketabahan...menguji keimanan dan ketakwaan…

Sememngnya jodoh itu telah ditentukan...namun kita juga kenalah berusaha untuk jodoh...janganlah hanya berserah pada jodoh semata-mata....kalaulah andainya keluarga tidak berstuju dgn pilihan kita, berusahalah meyakinkan keluarga...banyakkan berdoa...seterusnya serahkan urusan jodoh ini pada Allah..andainya jodoh kita bersama si dia...insyaAllah jodoh itu tidak akan ke mana...

Aku juga berharap kisah aku pn sama...mengharapkan aku bahagia dgn dia...mengharapkan restu dari keluarga kami....mengharapkan sememangnya jodoh itu tercipta antara kami...semoga Allah memelihara hubungan kami dari segala godaan syaitan...Dan semoga kami berdua dilimpahkan rahmatMu Ya Allah...Aminn

Friday, May 21, 2010

Kisah Dulu-dulu~~~

Rasanya mcm sudah lama aku xupdate blog ni hehe...sibuk betul aku ni...mengalahkan PM...ni aku kembali lagi untuk terus mengarut dalam blog aku hoho...maaflah yer kalau bosan...hidup aku ni memang la bosan pun haha...ak wat blog ni pun sekadar nak share apa aku rasa n apa aku fikir je...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Disebabkan skrng ni musim cuti dan masa aku byk, aku sajalah bukak fesbuk dan menjelajah la melihat frenz list...tgk balik gambar2 masa sekolah rendah dan menengah dulu...sudah jauh berubah rupanya kawan2 sekolahku...ada yg da nikah dan ada anak dah pn....tapi mcm ramai je yg da nikah haha...wahh advance tol!!xpela semoga korng bahagia hingga ke akhir hayat korng aku doakn...aminn...aku??tnggu prince charming masuk minang hahaha...xley blah tol...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bila aku ingat2 balik zaman sekolah dulu...aku sbnrnya jahat jugak haha...mcm xsesuai jek jahat tu...lebih pada nakal la...tapi xla keterlaluan...biasalah zaman sekolah....baru nak mengenal dunia dan macam2 la kita explore...buat apa pun xfikir dulu...ikut kata hati jer...waktu tu pun aku suka memberontak....hati dok fikir "aku dah besar, aku dah paham dunia ni..."....namun nakal2 aku akhirnya aku ni jadi jugak org yg berguna...kira bergunalah kan...xde nk terlibat dgn benda2 yg xberfaedah...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Manusia sentiasa berubah....yer xdpt dinafikan lagi...bila aku tgk kwn2 sekolah aku, mmg diorng jauh berubah...berubah muka tu biasalah kerana masing2 meningkat dewasa...makin matang...tapi penampilan pun sudah berubah...penampilan??....yup...kalu dulu bukan main bertudung labuh or jln pn bkn main lagi slow motion...gaya dan cara percakapan pun lembut jek...kalau bab disiplin,xpernah cari hal dgn cikgu tp skrng apa sudah jadi??...hai ni lah dunia....terkejut bkn main bila aku tgk....tapi itulah REALITI....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku dulu selalu jek kne ngn cikgu haha...mcm2 kes hihi...tp xdela smpai family tau...nahas aku kalo diorng tau....tp last2 aku berubah jugak...jadi yg lebih baik sikit...alhamdulillah...skrng pun aku rasa amat bersyukur kerana aku xberada di landasan yg slh...apa2 pun diorng sume ttp kwn2 aku...semoga diorng dikurniakan petunjuk dan cahaya keimanan oleh Allah SWT...dan dijauhkan dari segala perkara mungkar....

Aminn....

Saturday, May 8, 2010

Kisah Si Rumate...

Terharu sungguh aku baca blog roommate aku psl aku hoho....
Rasa sedih pulak tak akan sebilik dgn roommate ak lg...huhu
Masing2 tak akan duduk bersama lagi dah...
Even aku pun tak akan bersama querida2 yang lain sem depan....
Bukan bermaksud querida dibubarkan ye...

Cuma adalah beberapa sebab yang buat ktorng tidak dapat bersama...
Ceewahhh ayat hahaha( xley blah tol)....
Aku tak kisah pun duduk dgn sape2...
Semuanya kawan2 aku...
Yang penting kita sume kawan sampai bila2...

Tentang roommateku....
Tak akan ada org yg nk mengingtkn aku lg...
Tak akan ada org yg nk membebel kat aku lagi...
Tak akan ada org yg nk dgr aku mnyanyi lg hahaha...
Confirm aku akan rindu kat dia....

Setahun lebih kurang sebilik dgn dia....
Mula dari semester lepas lagi...
Waktu aku eksiden, dialah paling byk membantu dan melawat aku di hospital...
Sungguh aku rasa begitu terhutang budi dgnmu wahai roommateku....
Kang kalau aku cakap kat ko direct, ko kata ak jiwang plak hahaha...

Aku rasa ko pun da faham sgt perangai aku yg tak berapa nak betul ni kn haha....
Ko mmg la sgt memahami aku...
Bahu ko la yang jadi tempat penitisan airmata aku huhu...
Gelak dgn ko...sedih pn dgn ko...huhu...
Cerita2 aku selalu je kemas dalam tgn ko kn...haha
Thanks roommateku...

Aku doakan semoga dirimu sentiasa berjaya dalam hidup...
Semoga kamu sentiasa mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa...
Semoga hidupmu juga selalu dilimpahkan kebahagiaan...
Jagalah diri baik2...Jaga hati baik2...
Jagalah iman baik2...
Semoga dirimu sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT...
Aminn...

Thursday, April 29, 2010

Dia di Hati...

Keikhlasan hatinya buat aku begitu terharu....
Gayanya buat aku tertarik hati....
Lawaknye sentiasa giler2...
Selalu ketawa pabila mendengar suaranya...
Ya, rasa bahagia itu memang tercipta....

Dia mungkin org yg tidak sempurna...
Dia mungkin org yg tidak pndai bergaya...
Dia mungkin org yg xpandai berpura pura...
Dia juga mungkin org yg tidak pandai bermadah bicara...
Tapi dia adalah org yg berjaya mmbuatkan hati ini terbuka untuknya....

Lumrah alam, manusia itu tidak sempurna...
Aku dan dia juga tidak terkecuali...
Namun, kekurangannya itu adalah kelebihannya...
Menyayangi kekurangan dan kelebihannya itu adalah benda paling berharga...
Gelak ketawanya sentiasa menerbitkan bahagia di hati...

Terima kasih Ya Allah atas kurniaanMu...
Permudahkanlah hubungan kami...
Perkuatkanlah ikatan jodoh antara kami...
Jika dialah yang ditakdirkan untukku...
Dekatkanlah hatiku padanya dan dekatkanlah hatinya pada hatiku...
Peliharalah hubungan ini dari godaan syaitan...
Dan semoga kebahagiaan yg kami rasa ini kekal sampai bila2....
Aminn....

Tuesday, April 27, 2010

Kisah Aku....

Waaa sgt susah utk aku study waktu ni...
Byk sgt yg aku fikir kot...
Fikir ape pn ak xtaula...wawawa....
Tp byk bnda yg mmg di pale otak aku skrng ni...
Yg sgt ssh nk dikongsi ngn sape2 pn....

Aku org yg xmudah nk menzahirkn rasa....
Aku juga org yang xmudah utk melafazkan apa yg aku pendam dlm hati...
Aku org yg suka mnyimpan perasaan sendiri...
Ceria di luar( org kata cool) tapi di dalam hati...
Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui....
Inilah aku...

Terasa ingin sahaja meminjam bahu sesiapa untuk aku menangis....
Walaupun sekejap cuma....
Tapi xnak pulak aku menyusahkan sesiapa...
Tidak kena pada masa dan tempatnya....

Ya Allah, tenangkanlah hatiku ini....
Permudahkanlah kehidupan dan urusan harianku ini...
Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui...
Semoga aku sentiasa berada dalam keredhaanMu...
Amin....

Thursday, April 22, 2010

Dialah Permata Yang Dicari...

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

p/s: melayan lagu di kala mencari mood study hoho...tp lagu ni sgt la best...
maknanya mendalam sngguh...

Friday, April 9, 2010

Harga diriku...

Di dirimu aku menemukan
Yang mencintaiku
Yang menyayangiku
Di dirimu aku ketakutan
Kau biarkanku
Kau tinggalkanku


Bila kamu tak lagi denganku
Ku tak tahu apa tuk jalani hidupku
Bila memang kau pergi dariku
Ku tak ada lagi di dunia ini

Mengertikah kau siang malamku
Dan tangis tawaku
Kau semua hidupku
Pandang aku pandanglah hatiku
Aku tak mampu melangkah tanpamu

Bukan ku tak punya harga diri
Tapi dirimu begitu bererti
Kaulah nafasku engkau harga diriku
Mengerti aku….

Sebuah lagu:
Untuknya...

C.I.N.T.A S.E.J.A.T.I

Sebuah kisah BENAR..

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun.

Mereka dikurniakan 4 orang anak .......di sinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat .........
tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnya pun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari Pak Suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.
Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan Pak Suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), Pak Suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan Pak Suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.

Pada suatu hari ke empat anak Suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.

Dan Pak Suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati-hati anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya .........

"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini .....
kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak didugaoleh anak-anaknya.

"Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian..."
Sejenak kerongkongannya tersekat..."Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta
yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?

Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?

Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain .......bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...

Sampailah akhirnya Pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno...

Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu pak Suyatno pun menangis....tetamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan kesedihan...

Disitulah Pak Suyatno bercerita...Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur...

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya .......Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu merupakan ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar....

Adakah seorang lelaki sanggup berkorban begini untuk orang yang disayanginya??....


Sebuah cerita: Cinta Sejati

Sunday, April 4, 2010

Yang Paling Cantik...Yang Paling Baik....

Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya kepada gurunya....
Ketika itu, guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.....

Pelajar :
Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorng yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?Macam mana nak jaga kasih sayang itu supaya berkekalan?

Cikgu:
Ok...kamu ikut apa yang saya suruh.
Kamu pergi ke padang dan berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di hadapan kamu.
Pilihlah yang PALING CANTIK tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali.
Dan petiklah rumput yang paling cantik untuk dibawa ke kelas.

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai pun rumput di tangannya. Cikgu itu pun bertanya, kenapakah tidak ada satu rumput pun yang dipilih??

Pelajar tadi pun berkata:
Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik.
Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petiklah yang paling cantik, maka saya pun teruslah berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik.
Mungkin ada di antara di belakang saya rumput yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu:
Ya..
ITULAH JAWAPANNYA...
Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik lagi dari itu...
Kita patut hargai orang yang berada di depan mata kita sebaik baiknya...
Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap sudah berlaku...
Semoga yang berlaku tidak akan berulang lagi...
Ingatlah orang yang paling kita sayang itulah
YANG PALING CANTIK DAN YANG PALING BAIK....
Walaupun kalau nak diikutkan banyak lagi yang lagi cantik dan lebih baik seperti rumput tadi...

Petikan Cerita:
Untuk yang disayangi....

Wednesday, March 24, 2010

Kedudukan Wanita Itu....

Disebabkan byk masa yg terluang...
Aku pun saja2 lah mencari2 bahan2 yg boleh dibaca hoho...
Terjumpalah artikel2 tentang kedudukan wanita itu......

Wanita itu :
Aurat seorang wanita itu lebih susah dijaga berbanding lelaki
Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah
Saksinya kurang berbanding lelaki
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki
Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak
Wanita itu wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya
Talak itu terletak di tangan suami dan bukan isteri
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki

Namun begitu:
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak...
Tetapi setiap saat dia akan didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini...
Dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil...
Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil)...
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya
2. isterinya
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya
2. ayahnya
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya

Nabi saw pernah bersabda maksudnya : “Apabila seorang wanita itu menunaikan solat lima waktunya, menunaikan puasa ramadhannya, menjaga farajnya dan mentaati suaminya , akan di katakan kepadanya masuklah ke dalam syurga dari mana-mana pintu syurga yang engkau sukai.” [Hadith riwayat Imam Ahmad dan Tobrani]

Seorang wanita merupakan pelengkap dan berada pada kedudukan istimewa di sisi seorang lelaki..
Tetapi ingatlah wahai lelaki...
Kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah...
maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...
Dengan keistimewaan itu...
JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..
Supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

Amin...

Yang memperingati:
Hamba Allah...

Pening2....

Sekarang ni kerja semakin berlambak...
Tapi aku rilek2 saja...
Tak payahlah nak fikir sangat...
Buat satu2...
InsyaAllah siapnya nanti...

Yg memeningkan kepala aku sekarang...
Adalah perangai kwn2 aku ni...
Kerja ni semua dlm group...
Masing2 bijak pandai...
Semua nak ikut kepala sendiri...
Hailaa...pening aku...

Yg sana dok mengomen yg sini...
Yg sini dok mengomen yg sana...
Aku yg dok kat tengah2 ni la yg pening...
Macam aku ni tentera pengaman PBB plak...
Huuu, nasib bdn...

Wei korang...
Sudah2 la tu...
Buat jela kerja sama2...
Pendapat org pun kena dgr jugak...jngnlah ikut kepala sendiri je...
Cakap la direct kalau rasa xbetul...
Kita buat sama2...improve sama2...
Barulah kerja group namanya...

Haila...pening2....

Luahan rasa:
Aku yg fening....

Tuesday, March 16, 2010

Akhirnya...masa itu telah tiba

Akhirnya...
Tiba jua saat ini....
Saat2 yang aku tak ingin hadapi...
Tapi terpaksa jua ditempuhi...
Sukarnya...
Namun,terpaksa jua aku gagahi...

Kuatkanlah semangatku Ya Allah...
Semoga Allah memberi kekuatan untuk aku menghadapi segalanya dengan sebaik mungkin...
Aminn...

Luahan rasa:
Rahsia isi hati...

Friday, March 12, 2010

Susah Nak Ubah Orang...

Apa pulak la yang aku nak cakap kali ni...hoho
Oh...nak bercerita tentang sikap orang sekeliling la pulak kali ni...
Sudah sememangnya aku ni suka memerhati...
Melihat gaya orang sekeliling...
Dan menganalisa....

Bukanlah nak judge orang tetapi hanya untuk berkongsi cerita...
Menzahirkan rasa...
Walaupun diri ini tidaklah sempurna...
Namun apa yang tidak elok tu eloklah ditegur bukan...

Sesetengah orang....
Rupa cantik tapi perangai zero....
Nampak luaran sahaja yang cantik, bergaya, berduit tapi....
Kalau diri sendiri berperangai buruk...
Tak adalah gunanya semua tu....

Bukankah umat Islam menggalakkan umatnya menjaga kebersihan....
Atas sebab itulah Allah menyuruh kita berwuduk sebelum bersolat....
Islam semestinya mengutamakan kebersihan...
Atas sebab itulah juga kita diberi garis panduan untuk beristinjak...

Kadang2 aku memang la tak faham dengan orang yang tak pernah fikir tentang bersih ini....
Kalau dah tandas tu kotor dan berlumut2...
Tak ada ke rasa tanggungjawab sedikit nak bersihkan??...
Tak ada ke rasa sakit mata melihat kekotoran di tandas tak kiralah waktu mandi atau nak menunaikan hajat??(hajat kecil atau hajat besar)....
Susahnya nak ubah sikap orang...

Masing2 sudah dewasa...sudah matang la katakan...
Takkan la itupun perlu diberitahu...
Bila cerita tentang kahwin bukan main excited nak kahwin cepat...
Kalau mengemas rumah pun malas, tandas pun kotor macam apa entah...
Ada hati pula nak kahwin....macam mana la nak uruskan rumahtangga nanti...
Susahnya nak ubah pemikiran orang....

Itu baru bab kebersihan....
Belum masuk lagi bab perangai berlagak dan pentingkan diri sendiri...
Tak perlulah berlagak kalau sekadar ada sedikit rezeki yang Allah kurniakan...
Rezeki tu bila2 masa sahaja Allah boleh tarik balik...
Nikmat yang Allah kurniakan di dunia ini hanya sementara...
Bukan hak milik kita pun...
Jadi apa perlunya berlagak???...

Manusia berubah...
Namun biarlah perubahan itu ke arah yang lebih baik...
Jangan biar orang mengubah kita kalau sekadar perubahan itu ke arah yang lebih buruk...
Bukan main bangga lagi pernah bersekolah di sekolah agama....
Tapi ilmu agama yang ada kalau tidak digunakan...
Apa gunanya???


Itulah manusia...
Selalu lupa diri...
Tidak pernah sedar hidup ini hanyalah pinjamanNya...
Hidup di dunia ini sementara sahaja...
Suatu hari nanti kita semua akan kembali juga padaNya...
Berubahlah sementara ada kesempatan...
Zaman sekarang Allah balas cash...
Jangan nanti Allah tarik balik nikmat di dunia ini...
Barulah menyesal tak sudah...

Semoga aku tidak berada dalam golongan2 orang seperti ini...
Aminn...

Luahan rasa:
Hamba Allah....

Wednesday, March 10, 2010

Tentang....Dia...

Kali ini aku nak bercerita tentang orang..( bkn orang2 pulak yer hehe)
Cerita tentang orang yang paling aku sayang...yer...
Tersangat la sayang....
Tentang dia.... ibuku....
Yang sangat aku hormati dan aku sayangi...

Entah kenapa rasa macam nak bercerita la pulak tentang ibu aku ni...
Mungkin aku rindukan dia huhu....
Lambat lagi nak balik kampung...( homesick betul laa aku ni hehe)...

Aku teringat zaman dulu2 yang mana aku masih lagi kecik2....
Nakal tak usah nak cakap laa....
Memang tak padan dengan perempuan hehe...
Kalau tak rasa kena libas tali pinggang dengan mama, memang tak sah la jawabnya...
Tapi aku tak pernah serik...
Zaman budak2 la katakan hehe....

Aku sudah tak berapa ingat laa apa kenakalan yang pernah aku buat dulu...
Tapi pernah sekali ibu aku merajuk dengan aku sampai menangis huhu...
Terasa bersalah aku ketika itu...
Dan sekarang baru aku sedar yang aku berdosa menitiskan airmata seorang ibu...

Kadang2 aku rasa bukan masa kecik2 jer aku menyusahkan mama...
Dah besar panjang macam ni pun aku masih memerlukan ibu aku...
Sepanjang aku berada dihospital, sepanjang masa itulah dia menjaga aku...
Dia tidur dalam keadaan tak selesa sedangkan dia sudah tua....
Dia mengangkat kaki aku yang bersimen waktu itu dengan tangannya...
Sampai terseliuh...
Nak menitis airmata aku melihat ibu aku waktu itu...
Tapi aku tahankan saja airmata itu....

Di malam hari apabila aku tersedar (sewaktu aku di hospital), aku lihat muka ibu aku kepenatan...
Kepenatan menjaga aku...melayani kerenah aku...
Sedih sungguh aku rasa waktu itu...
Oh ibu, maafkan aku kerana selalu menyusahkan..

Teringat juga kejadian kelakar yang membuatkan aku dan ibu ketawa berdekah2...
Ketawa di wajahnya membuatkan aku juga rasa gembira walaupun sakit ketika itu...
Sokongan ibu pada aku tak pernah berkurang...
Kerana dialah , aku kuat....
Tak putus2 dia memberi harapan pada aku...

Mama...Sya sayang mama...
Izinkan Sya membalas jasa2 mama yang pernah mama curahkan selama ini...
Walaupun sampai bila2 jasa mama mengandung, melahirkan, membesarkan, mendidik dan menjaga Sya selama ini tak akan mungkin terbalas....
Halalkan segala makan minum Sya selama ini...
Maafkan segala dosa2 yang pernah Sya lakukan pada mama....
Dan apa2 jua perkara yang membuat mama terguris hati...
Maafkan Sya, mama....
Semoga mama dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T...

Aminn....


Coretan oleh:
Anak Seorang Ibu...

Sunday, March 7, 2010

hdup...mngajar erti ketabahan....

Hidup ni tak ubah seperti satu perjalanan yang jauh...
Kita jatuh...Kita bangun...
Teringat kembali satu kejadian yang sangat menguji ketabahan aku...
Waktu itu...Tidak pernah sesekali aku lupakan...
Dan trauma itu masih ada sampai saat ini...
( Ceewahh macam cerita best saja hehe )
Tapi ini apa yang aku sendiri alami...riwayat hidup aku sendiri...

Tahun 2009...tahun yang mempunyai banyak sejarah...
Bagi diri aku( bagi orang lain aku tak tau la)....
Aku mengalami kemalangan dan dimasukkan ke hospital selama 4 minggu....
Boleh dikatakan agak ngeri jugak la( kawan2 aku semua xboleh tidur lepas kami kemalangan)..
kami???

Kami itu merujuk kepada kawan aku yang bernama Hafizah...
Kami menaiki motor dan dilanggar oleh sebuah kereta proton waja...
Akibatnya aku bersama Hafizah melakukan aksi stunt( hehe)
Dia tak sedarkan diri...
Aku pula sedar setelah beberapa minit terbaring di tengah2 jalan( sampai jalan sesak teruk)...

Sebaik sedar, Hafizah sudah pun tiada di situ...
Aku pula masih dalam kebingungan...
Cuba mengingati kenapa aku berada di situ...
Then, barulah datang kawan2 aku selepas orang2 di situ menghubungi kawan2 aku...
Bila aku tengok kaki aku, darah mengalir tak henti2 (sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu)...
Ambulans Uitm pun datang...membawa aku pergi ke Hospital Sg Buloh...
Turut menemani aku adalah kawanku Suraya( thanks sudi menemani aku)...

Tiba di sana, aku dirawat...segala baju dan seluar( yang penuh dengan darah) digunting...
Aku disahkan oleh doktor patah kaki kanan( tibia- open fractured) dan patah tumit( calcaneum-open fractured)...
Hafizah cedera teruk di bahagian muka dan patah di bahagian bahu...
Masa itu aku berada dalam keadaan separa kritikal dan Hafizah pula kritikal...

Berkali2 aku bertanya keadaan Hafizah kerana dia terlebih dahulu dibawa ke hospital berbanding aku....
Dan berharap aku tidak akan kehilangan seorang kawan (sedih sangat waktu tu)...
Tentang diri aku...hanya kematian berlegar2 dalam fikiran aku...
Kalau ditakdirkan aku pergi, biarlah aku berkesempatan melihat wajah mama dan abah( ibu dan ayah kesayanganku)....
Airmata tidak pernah kering di pipi waktu itu...

Namun alhamdullilah...
Allah masih ingin panjangkan umur aku...
Ada hikmah di sebalik semua dugaanNya...
Aku menjalani pembedahan beberapa kali dan kini kakiku mempunyai besi( bionic women, kata sir subra hehe)...
Hafizah pula sudah boleh berjalan dan masih mengikuti rawatan muka....
Keluar dari hospital, aku terus ke kelas menggunakan kerusi roda dan tongkat...
Demi ibu bapa dan orang2 yang aku sayang, aku perlu kuat untuk terus belajar....

Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambanya di luar kemampuan...
Sungguh banyak pengajaran yang aku belajar dari pengalaman ini....
Aku belajar mengenali hati orang yang sebelum ini mungkin tidak dapat dilihat...
Aku bisa tahu siapa yang boleh kita jadikan teman di kala susah dan senang...
Alhamdullillah sekarang aku boleh berjalan (siap pegi jungle tracking lagi)...

Terima kasih Ya Allah atas kurniaanMu...
Dan terima kasih kawan2ku atas pertolongan kalian...
Tidak pernah aku lupakan walau sedetik...
Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa2 kalian semua...
Semoga kalian mendapat rahmat dari Allah SWT...

sekian...
dari yang menghargai....

hidup itu hanya sementara....

Sesungguhnya hidup manusia di dunia ini adalah sementara....
Hidup ini cuma satu persinggahann...
Yang hidup pasti akan mati...

Berita kematian sentiasa ada di sekelilig kita...tapi kita....
mungkin secara sedar atau tidak, kita mungkin tidak pernah fikir bilakah waktu kita akan tiba...
Waktu itu...WAKTU MATI....

Meninggalkan dunia yang hanya bersifat sementara ini....
Sudah cukupkah amalan kita??sudah cukupkah pahala2 kita di dunia ini??atau mungkin dosa sahaja yang kita lambakkan di dunia ini....tanyalah diri sendiri...

Tanyalah diri apa yang sudah kita lakukan di dunia ini....
kita lebih mengenali diri sendiri bukan??....
Aku pun turut sama mengingatkan diri sendiri....
Betapa kerdilnya aku hidup di dunia ini...

Selama 23 tahun hidup, mungkin dosa yang banyak aku lambakkan....
Mungkin aku terlalu jauh dari Tuhan yang menciptakan diri ini...
Ya Allah...sudah jauh aku tersasar dari mencari keredhaanMu Ya Allah....

Semoga aku masih diberikan kesempatan untuk mencari keredhaanMu...
Dan semoga kalian2 di luar sana masih diberi kesempatan untuk berubah...
KERANA DUNIA INI BERSIFAT SEMENTARA...
TIADA APA YANG KEKAL....

wallahualam....