Pages

Friday, June 25, 2010

Susah Sgtkah Utk Meluahkan???...

Pernahkah anda mengalami masalah utk meluahkan apa yg anda rasa??rasa mcm...alamak terkelu seribu bhs hoho...contohnya mcm...''td pnye laa aku hafal ayat giler2 nk bg gempak, tetiba lidah aku ni terkelu apa kes??''...pernahkah anda??

Kalo bg anda yg ckp lancar jer...maybe sbb mulut anda mmg xde zip or anda xpunya air liur yg kurng haha...tp bg org mcm sy yg malu2 kucing ni, memang cukup susah sy nk meluahkan kata2 seolah olah tersimpan sebutir permata di sebalik cerita itu hehe...tak adalah malu2 sbrnnye tp lebih kpd ayat''xperlu kot'',''ala,perlu ke aku ckp??'', ''cerita aku xmenarik pn'', ''xperlulah ak berkongsi cerita''...dan mcm2 lagi...

Bukan niat utk menyimpan segala rahsia di hati...tp bila seseorng tu dah terbiasa menyimpan apa jua perkara sehariannya utk diri sendiri, sukarlah nak berkongsi dgn org lain...Mungkin mengambil masa la utk semua benda2 begini kan...Tidak bolehlah perubahan itu dilakukan secara drastik...

Kadang- kadang jugak mungkin apa yg kita simpan dlm hati tu mmg perlu disimpan kerana mungkin apabila perkara itu diberitahu, akan menyushkan org yg diberitahu atau membutkan org yg diberitahu itu risau...Itulah antara sebabnya perkara2 itu sukar utk diluahkan...

Antara sebab2 lain...mungkin kerana seseorng itu tidak biasa bercakap byk dgn org yg tidak rapat dgnnya...yg br shj dikenalinya...then, bila baru nak rapat jadi xbiasa la..so, akan ambik masa...bukan senang nk mengubah tabiat harian kita secara tiba2 kan...ataupun seseorng ni mungkin perangainya begitu rahsia...mystery n unpredictable...luaran tidak semestinya sama dengan dalaman..btol x??

Mungkin byk lg bnda yg susah nk difahami..tp tak mengapa, masa akan membuatkan kita lebih mngenali siapa diri seseorng itu sbnrnya...kalau dipjgkn umr dan tiada halangan, maka kita akan lebih memahami dirinya dan isi hatinya...Bykkanlah berdoa supaya Allah menunjukkan perkara yg benar pada kita...

InsyaAllah...

Monday, June 14, 2010

Cara Rasullullah S.A.W dalam melayari alam rumahtangga..

Aku tertarik dgn 1 rencana yg aku baca dlm sebuah majalah pengantin...rencana ini menceritakan cara-cara Rasulullah s.a.w mengekalkan keharmonian rumahtangga dan kemesraan dengan isteri-isteri baginda...buat lelaki yang bakal bergelar suami atau sudahpun bergelar suami,contohilah cara nabi kita...

Antara cara Rasulullah s.a.w adalah:

Pertama: Mandi bersama isteri
Rasulullah s.a.w biasa mandi bersama isteri-isteri baginda...
Dari Aisyah r.a beliau berkata,''Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w menggunakan satu bejana.Kami biasa bersama sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana tersebut).''
( Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)

Kedua: Disikatkan oleh isteri
Isteri baginda Aisyah r.a berkata bahawa beliau sentiasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w...
Dari Aisyah r.a beliau berkata,'' Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w, ketika itu saya sedang haid.''
( Hadis Riwayat Ahmad)

Ketiga: Tidur dalam satu selimut bersama isteri
Dari Atha' bin Yasar:
''Sesungguhnya Rasulullah dan Aisyah biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut degan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit.Baginda kemudian bertanya, ''Mengapa engkau bangkit?''Jawab Aisyah, ''Kerana saya haid , wahai Rasulullah.''Sabda Rasullullah.''Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah kembali padaku.''Aku pun masuk, lalu berselimut bersama baginda.''
( Hadis Riwayat sa'id bin Manshur)

Keempat: Membelai isteri
''Adalah Rasulullah s.a.w tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua( isterinya) seorang demi seorang.Baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama sehingga baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di tempatnya.''
( Hadis Riwayat Ahmad)

Kelima: Minum pada bekas yang sama dengan isteri
Daripada Aisyah r.a, dia berkata: ''Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid.Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebut lalu menghirup isinya. Kemudian Baginda mengambilnya daripada saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya.''
( Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur)

Keenam: Berbaring di pangkuan isteri
Dari Aisyah r.a beliau berkata, ''Nabi s.a.w biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca al-quran.''
( Hadis Riwayat Abdurrazaq)

Ketujuh: Memanggil isteri dengan panggilan mesra
Rasulullah s.a.w biasa memanggil Aisyah dgn beberapa panggilan yg disukainya seperti Aisy dan Humaira( pipi merah delima)

Kelapan: Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra
Nabi s.a.w biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah dan Baginda berkata, '' Wahai Uwaisy, bacalah doa:''Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan.''
( Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

Itulah antara cara Rasulullah s.a.w menzahirkan kasih sayang kepada isteri-isterinya...Begitu indah kemesraan yang ditunjukkan Rasulullah s.a.w terhadap ister-isteri kesayangannya...Lihatlah betapa Islam sangat menitikberatkan sikap dan perbuatan yang baik dalam menyatakan rasa cinta dan kasih sayang antara suami isteri...Teladan yang sepatutnya dicontohi...

Sunday, June 13, 2010

Pertemuan, jodoh, nikah dan dot dot dot...

Bunyi kompang bertalu2 di sana sini....tandanya musim org nikah cukup popular sekarang ni hoho...pegi la mana2 ceruk kt klate sepanjang musim cuti sekolah ni...mmg cukup banyak...sampai sesak2 jalan...tension aku jalan sesak2 ni...

Tapi tu bkn la cerita utama yg aku nk kongsi kt sini...aku sbnrnya tertarik ngn majlis perkahwinan sepupu aku yg telah pun berlangsung itu hari...bkn tertarik sbb majlis tu meriah ke ape...jugak bkn sbb si pengantin terlalu cantik or hensem...tp sbb kisah diorng berdua ni la pendek kata hoho...yg membawa kepada pernikahan diorng...

Kisah pertemuan??bunyi macam romantis jek haha...zasss jom layan...sbnrnya diorng ni dipertemukan oleh keluarga...sepupu aku ni lelaki...kiranya mak sedara aku berkenan la kat si perempuan ni...lantas 1 pertemuan diatur...dalam tempoh yg singkat jugak la, diorg kenal n jatoh hati antara satu sama lain..lalu pernikahan ini pun berlangsung....

Itulah kuasa jodoh...pertemuan, jodoh ini semua di tangan Allah...kalau sudah tertulis jodoh antara lelaki dan perempuan itu, tiada siapa yang dapat menghalang takdirNya...ada jodoh yg ditemukan melalui pilihan keluarga, ada yang bertemu jodoh melalui perkenalan biase...dan ada jugak yg jatuh sayang tanpa melihat tuan punya bdn pun...misterinya jodoh ini....

Jodoh kita telah pun ditentukan oleh Allah...apabila Allah menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana Allah Maha Mengetahui. Apabila Allah telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu….. Setiap yg terjadi kpd kita… hanyalah ujian Allah menguji keimanan kita, sejauh mana ketabahan...menguji keimanan dan ketakwaan…

Sememngnya jodoh itu telah ditentukan...namun kita juga kenalah berusaha untuk jodoh...janganlah hanya berserah pada jodoh semata-mata....kalaulah andainya keluarga tidak berstuju dgn pilihan kita, berusahalah meyakinkan keluarga...banyakkan berdoa...seterusnya serahkan urusan jodoh ini pada Allah..andainya jodoh kita bersama si dia...insyaAllah jodoh itu tidak akan ke mana...

Aku juga berharap kisah aku pn sama...mengharapkan aku bahagia dgn dia...mengharapkan restu dari keluarga kami....mengharapkan sememangnya jodoh itu tercipta antara kami...semoga Allah memelihara hubungan kami dari segala godaan syaitan...Dan semoga kami berdua dilimpahkan rahmatMu Ya Allah...Aminn